Saturday, 30 May 2015

Four Days At PASUM


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

Alhamdulillah.. Pada tarikh 24 Mei, aq selamat mendaftarkan diri di Unversiti Malaya, universiti tertua di Malaysia. Sampai je kat UM, ucu terus bawak gi Kolej Kediaman Ke Lapan(KK8) or also known as Kolej Kediaman Kinabalu ^^. Kolej ni dinamakan Kolej Kediaman Kinabalu sebab pembinaan dia ada disponsorkan oleh pihak dari Sabah(or something like that) maka kolej ni dinamakan Kolej Kediaman Kinabalu. (do correct me if Im wrong) 

Day One

Okay. Thats the main entrance to KK8. Dua org yg baju biru kat belakang tu adalah LO Qiels and LO Adham, KK8's awesome FPs. ^^ So, yeah. Nampak lengang kan? sebab iollz orang first dow! huhuhuhuu~

Selepas habis mendaftar, aku and family gi makan dulu kat Kepsi pastu aku ajak family gi lepak kat Mid Valley, alang alang dah dekat~ Sampai je kat situ aq nampak MPH Bookstores, terus aku serbu and cari buku Tarbiah Sentap and Diagnosis.. Tapi disebabkan kewangan tak berapa mencukupi maka, aku memilih untuk membeli buku Tarbiah Sentap terlebih dahulu. hehehe.. After jalan jalan, terus balik kolej and rehat rehat and solat and got myself ready for the evening activities.

Okay, aktiviti petang ni ialah Sesi Semak Dokumen untuk Penyerahan Dokumen. Ekceli, kitorang semua just daftar untuk asrama je dulu.. Untuk PASUM, Seksyen Kemasukan & Rekod, Klinik Kesihatan Pelajar and Bendahari belom lagi. Sesi petang ni memang sangat sangat usefull to make sure yang korang punya dokumen mencukupi and tak de apa apa yang tertinggal. Seriously, semua orang ingat dokumen dah lengkap, sekali FP (this is the name for our facilitators) check, banyak benda yang tak dak. Oh, and make sure you guys have extra copies of everything just in case something pops up~

Habis sesi ni, kitorang belajar a few cheers like the currypuff clap, macho clap and gegurl clap. Seriously the macho and gegurl claps are cute! While the currypuff clap tests your speed. sebab korang boleh main sampai gear dua belas kalaw buat betol betol. ^^ . 

That night, Group KK8 buat a little bit of a sesi suai kenal and we all talked about ourself. Huhu.. I recall being called 'tudung hijau' thanks to the colour of my tudung. Hahahahaha~ I liked it anyway. ^^.  After that kitorang belajar another new clap yang dipanggil break clap. Break clap ni start dari break one sampai break ten! After that, kitorang dari KK8 bergerak ke KK10 sebab kat KK8 hanya ada dua puluh dua orang sahaja, 18 girls and 4 boys! Jangan terkejut kenapa sikit sangat sebab ekceli dak dak PASUM sebenarnya dikumpulkan kat KK11~ 

So, at KK10 kitorang disambut dengan tarian Shark Du Du! Hahaha. Comel dow! Mula mula baby shark, mama shark, papa shark, surfer shark, saw a shark, shark attack, swim away, surfer die and surfer shark. Serious comel~ hahaha. By this night, kitorang diberitahu bahawa gabungan KK8 and KK10 membentuk Area Digi. 

DiGi cheers.

'when I say Di you say Gi!'
'Di!'
'Gi'
'Di!'
'Gi!'
'Di!'
'Gi!' Bersamamuuuuuuu~~~

Day Two 

Sesi Penyerahan dokumen. Ekceli sesi penyerahan dokumen yang sesi pagi untuk dak dak fizikal, untuk dak dak hayat yang sesi petang.. so, time pagi, KK8 join dengan KK10 untuk riadah. Best jugak sebab time ni kitorang main ikot company(kumpulan). Aq company L8~ and diketuai oleh Fawwaz from Kedah. Time ni, kitorang diajar a new game iaitu Bom Caki Caki! Serious Bestt!! time ni agak memorable gak ahh bagi aku sebab aku dapat jadi finalis untuk lawan ngan group lain~ hectic gila kot time ni! hahaha~

 Dalam kol 8.45 camtu, makanan sampai and kitorang dibenarkan berehat. Pukul sebelas kitorang berkumpul balik untuk pergi ke PASUM.

 Auditorium di blok PASUM baru AKA Audi

Luckily for DiGi, kitorang dapat naik bas untuk ke PASUM sebab jarak kitorang ngan PASUM memang 'not a walking distance'. Selepas makan tgah hari and solat zohor barulaa kitorang dapat memulakan sesi penyerahan dokumen. (Tapi memang start lepas solat pon).Huhuhuhu.. Seriously... This day was very tiring sebab kitorang banyak berjalan.. Hahahaha.. so, sangat disarankan agar tidak memakai kasut yang boleh menyebabkan kaki anda melecet.. Wear sport shoes instead. Selepas habis pendaftaran kitorang dapat goodies yang bercop PASUM. Kitorang dpat payung, beg, tumbler, buku catatan PASUM and yang paling awesome ialah T-shirt PASUM!! Batch yang sebelom ni kaler tshirt diorang hitam merah, kalini kale kitorang hitam purple~ Serious lawaaaa dooow!!

PASUM's Tumbler

Tshirt PASUM 2015/2016

Sesi penyerahan dokumen berakhir dalam kol 5.30. Habis je sesi ni memang kompom kitorang semua blik ke KK masing masing. And as always KK DiGi akan menaiki bas untuk balik ke KK.

That night, program start kol 8. As always. And of course KK8 bergabung ngan KK10 kat KK10 punya dewan. Payung and tumbler memang tak ditinggalkan. Huhuhuhuhuhu~ Kena bawak sekali kot!

Day Three. 

Sesi taklimat. 

Sebelom bertolak ke PASUM, LO Imtiyaz (LO KK10) datang kat kitorang and told us something.

'Ekceli kitorang(FP) terlepas pandang taw nak ajar korang satu cheers ni....... Aku takot lak nanti kalaw korang sedih sebab tak belajar lagi cheers ni....... Ye laa..., Kalaw KK yang lain buat, tetiba korang tak buat mesti korang sedih an? So, aku nak ajar kat korang cheers ni, nama dia Asasian Cheers'

'Asasiaaaaann'
'Go! Go! Go!'

 So, kitorang pon ngan semangatnya belajar cheers baru agar tak ketinggalan ketika di DEWAN KULIAH UTAMA AKA DKU nanti. As always,dak dak KK DiGi kena naik bas untuk ke PASUM~ Hari ni dak dak diberikan taklimat mengenai subjek subjek yang diorang akan ambil sepanjang asasi kat PASUM Tapi time hari ni kalaw tak silap aq just subjek Bio, Fizik, Maths and Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, taklimat sangat best and tak menyebabkan aku tertidor~ hahahaha. teruk gak an aku ni. HUhuhuhuhuuhuu. Seriously, walawpon dewan lama, tetapi air condition dia memang sejuk! Kalaw boleh sila bawa sweater or cardigan agar tak menghadapi kesejukan, ><

Sebelom taklimat bermula,.. LO Imtiyaz mengambil mikrofon and did some jokes and made us DiGi do the cheers. Ayat dia

'Korang jangan malukan aku ea~'

Maka, kitorang pon dengan semangatnya meng-cheers-kan Asasian Cheers. And rupe-rupenya kitorang je yang taw cheers tu! hahahahha~ Awesome. Thanks LO Imtiyaz!

Sementara menunggu lecturer sampai, dak dak hayat diperkenalkan dengan dance Gummy Bears and Xi Shua Shua yang sangat sangat comel. Tarian diketuai oleh FP Emay from BUNIAN. hahahaha. jangan tanya kenapa aku cakap semuanya comel sebab, im a girl. To me, semua tuuuu comel~ ><

Sesi taklimat habes dalam kol 1.45 and dak dak DiGi sampai kat KK dalam kol 2 klaw tak silap. KK8 diminta untuk berkumpul semula lepas solat dalam kol 2.20 manakala KK10 kol 2.30. Ye laaa... KK8 kena berkumpul awal sebab kitorang kena berkumpul dulu sebelom gi KK10. Huhuhuhuhuhuhu~ 

Sesi LDK, (jangan tanya aku LDK tu apa tapi dia macam nama program untuk sesi orientasi tuu laa). petang tu bertajuk Inovasi. And this is about changing to become better~. So, kitorang semua start ngan ice breaking, we were made to sit in different groups. Mula mula ikot saiz kasut, pastu ikot negeri pastu ikot company~ time yang ikot saiz kasut tuu aq rasa saiz kasut lapan paling ramai and FYI akulah antara ahlinya~ >< hahahahha~ Best gak ahh. hahaha. Time yang ikot negeri pon best gak sebab aku leh cakap ikot loghat negeri kedah. In fact, semua grup disuruh bercakap ikot loghat masing masing which was AWESOME! And Finally ikot company~ best jugak sebab dapat rememorize ahli company. >< and kitorang sekali lagi main Bom Caki Caki. Again, aku jadi final two! hahahaha. Alhamdulillah.

Selesai program petang, kitorang berkali kali diingatkan untuk solat asar secara berjemaah. (Eh, aku gi kot surau.. Tak caya tanya roommate aku and LO Qiels! ) Memandangkan kitorang solat ikot KK, telekong tak bawak turun maka aku pon bertanya pada FP...

Aku: Ummmm.. Japgi solat asar jemaah ke?

FP Adham: Aaaa... solat jemaah tuuuu kann lagi elok.... pahala pon.. dapat lebih..... kalau KK yang laen diorang akan bentang sejadah kat dewan and solat ramai ramai tp KK kita sikit je.. so kita solat kat surau...
 
 Bengong jap aku lepas kena tazkirah ngan FP Adham.. hahahaha. Tapi apa-apa yang FP Adham memang betol and ada baiknya kalaw di-istiqomah-kan dalam kehidupan. :3 

Moving on, malam tu sesi LDK inovasi diteruskan. Malam ni best gila sebab macam macam aktiviti kitorang buat! Selain daripada dances and cheers, kitorang main game baru iaitu Charades. Best gilaaaaa~ FP Qiels siap duduk ngan kitorang lagi sebab nak enjoy the game~ Lawak kot!! Aku gelak sampai tak berbunyi. 

And then kitorang ada aktiviti surat khabar fashion show. Time ni group budak laki jadi bahan sebab model hero diorang ntah apa apa.. hahaha, 'Silly Underwear' ><. hhahahahaha. Seriously best sebab ada girl group yang buat baju yang lawa gila. Huhuhuhuhuhuuu~

Day Four
Majlis Perasmian Majlis Minggu Suai Kenal Pelahar Asasi 2015/2016 at DEWAN TUNKU CANSELOR. This is the hall where the convocation ceremony takes place. Walaupon dari luar rupa dewan ni macam tak cat. Tapi sekali korang jejak kaki kat dalam dewan ni... rasa cam dok kat hotel lima bintang! Dengan Air cond nya yang terasa sampai keluar dewan and Dewan yang sangat sangat luas! Fuhhhh. OHhSomEE!! Time majlis perasmian dak dak PASUM, Hayat and Fizikal dengan jayanya melafazkan ikrar. Maka, kami semua sah menjadi Pelajar PASUM bagi sesi 2015/2016.


Conclusion by aku.

Ekceli aku tak sempat nak merasa MSKP sampai habis sebab lepas je habis Majlis Perasmian aku dah kena checkout dari PASUM. Nanti kat post lain aku cerita lak ea, takut lak kalaw jadi riak wa tamak haloba sampai semua nak cerita kat satu post ja. Tara banyak ni pon dah terlampau banyak. ><

Sepanjang empat hari ber MSKP, I learned loads of stuff, antaranyaa.... jangan malu nak bersuara! huhuhuhu~ Seriously, you dont want to be a passive member of the family.Huhu

Point form!
  • It was Awesome!
  • Aktiviti yang sangat berguna untuk mereleasekan stress time belajar nanti
  • Dances yang cute
  • FPs semua baik, sporting and supporting, and caring
Thanks to all the FPs yang jaga kitorang kat PASUM sepanjang MSKP. Korang jangan keliru between FP and LO, meh aku nak terang kit.

FP ni gelaran unuk semua facilitators. Kiranya, kalaw korang nak panggil kat diorang 'FP' instead of 'Abang' or 'Kak' pon boleh dow~

LO stands for Liaison Officer. Diorang ni laa yang in charge for the KKs. Like, contoh, KK8 punya LO ialah LO Adham and LO Qiels, manakala Lo unutk KK10 ialah LO Imtiyaz and LO Lofa. Seriously, FPs semua awesome be it for KK8 or KK10.

 LO Adham seorang yang sangat caring and sangat risau tentang pemakanan kitorang sepanjang MSKP. Dia akan sentiasa ingatkan kitorang untuk makan be it sebelom atau selepas ambek makanan.

'Korang, japgi jangan lupa ambek makanan taw'

'Sape kat sini yang belom makan?'

Walaupon dia dah tanya banyak kali, japgi kat wasap akan dia ingatkan lagi...

'Sape tak ambek lg food . . Ambek cepat . .. Ada lagi 5 org lg . .'

And then theres FP Qiels, yang sangat awesome dalam dances! Serious dow! Not to mention yang dia ni sorang yang baik and kalaw kita tanya dia apa apa dia akan jawab. Aku rajin gak ahh tanya dia soalan (like nak motivate kan diri sendiri and cara-cara nak dpat Four Flat) time waktu rehat sebab she is a girl like me and kalau nak tanya FP Adham aq lak yang segan.

Pastu, LO Imtiyaz from KK10, he is an awesome guy! he is a person with loads of spirit and boleh mewujudkan suasana yang positif untuk dak dak DiGi. He is also full of jokes( to me lah). While FP Lofa, seorang yang baik. Walaupon first impression korang lepas dengar suara dia memang rasa cam dia ni garang tapi she is a very awesome person actually. Like, seriously!

And then ada banyak lagi FPs yang lain and ada lagi sorang FP yang aku tak pasti dia ni under yang mana tapi dia ni yang handle dak dak yang nak checkout hari Rabu hari tuuu iaitu FP Hariz.

 Antaranya,
  • DK/Decay(Disiplin dan Keselamatan)... Sir Tom, Sir Saido, Sir Ngat, Sir Gap, Miss Nina, Miss Miu. FYI, Diorang ni pakai handband kaler merah, manakala head DK pakai handband kaler pink
  • WESPRIT(WElfare and SPIRITual)... FP Nek. FYI lagi, WESPRIT pakai handband kaler biru
  • AKSI(AKademik dan RekreaSI)... FP Nad
  • BUNIAN(KeBUdayaan dan KeseNIAN)... FP Emay
  • LOGITECH(LOgistics and TECHnical)... FP Irham
  • TASK(Tugas Tugas Khas)
Ok. Yang tu je yang aku ingat sebab most of them are in charge of KK8 and KK10. Tapi kenyataannya FPs sangatlah ramai sampai tak terhafal oleh ku~

Akhir kata, thanks everyone for the awesome most memorable orientasi I've ever had up until now. To my best roommates, Nabila and Aqila, take care of yourself. In shaa Allah akan aku sentiasa ingat kat korang.

Thanks FPs.
Thanks LOs.
Thanks KK8.
Thanks KK10.
Thanks KKDigi.
Thanks PASUM.
Thanks Unversity of Malaya.

Sunday, 10 May 2015

UMmmmm.. Im coming!!

Bismillahirrahmanirrahim, and Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

Alhamdulillah, cuti selama lima bulan telah dimanfaatkan sebaiknya.. Aiceywah, tak de lah baik sangat sebab dok kat umah tak buat apa apa pon, menghabiskan beras je ><.. Tapi iolls bukan laa malas ea, the twins buat jugak keja umah and ofkos memasak serba sedikit untuk family tercinta~ <3 

And Alhamdulillah jugak sebab umi sudah semakin pulih setelah operation itu hari, she can walk, and even sew now.. Woohooo Im like so happy for Ummi~ cuma kadang kadang tu ada laa masa yang dia akan rasa sakit sangat sangat sama ada sebab berjalan terlalu banyak or buat kerja. But still, she's getting better and I can only thank God for everything.

Moving on, Alhamdulillah, me and my twin dapat tawaran untuk pergi ke Matrikulasi but masalahnya, aku dapat ke Kelantan yang kakak pulak ke Perak~ Kalaw dari Kedah niii dia macam two separate ways. Not to mention yang jalan nak gi Kelantan macam roller coster ><.. Dan aku sangatlah tidak boleh tahan untuk melalui jalan yang bengkang bengkok ni.. Wuuuuuuuu.. Takuttt~ 

So, ayah decided untuk buat permohonan untuk memindahkan aku dari Kelantan ke Perak so that dapat memudahkan proses penghantaran masa pendafatran nanti. Bukan apa, katalah ditakdirkan aku and kakak tak dapat masuk Universiti mana mana, baiklah kitorang pegi matriks perak sebab senang and its on our route daripada nak kena ke kelantan yang macam agak jauh sikit.

So, my ayah buat permohonan pertukaran daripada matriks Kelantan ke matriks Perak. Alhamdulillah jugak sebab permohonan diluluskan, maknanya hari pendaftran nanti kitorang pegi Matriks yang sama and belajar kat Matriks yang sama.. Huhuhiu.. Yippeee~ 

Tetapi... setelah keputusan UPU diumumkan, nampaknya aku ngan kak terpaksa menolak tawaran untuk ke matrikulasi sebab kami berdua berjaya mendapat tempat di universiti pilihan kami~~ hehehehehe~ Happy tak? Ofkosslaaa sayaa sangat sangat happy~~ Alhamdulillah.. Umi sampai menangis time bagitaw aku ngan kakak dapat masuk universiti.. 

So, Course apa and kat mana? 

Mesti korang semua tertanya tanya kannnnn kann??? Hehehehe~ Alhamdulillah, aku ditawarkan ke unversiti pilihan kedua aku iaitu Universiti Malaya. Program yang ditawarkan kat aku ialah Program Asasi Sains Universiti Malaya iaitu Asasi Sains Hayat.. Nampaknya mungkin takdir aku untuk jadi doktot~ Wkwkwkwkwkk>< Tak taw lah.. In shaa Allah klaw ada rezeki laa^^

Kakak pulak ditawarkan ke Universiti Teknologi Mara iaitu pilihan pertama kakak~ Program pilihan kakak pula ialah Diploma Pengurusan Halal.. Ramai orang kata yang dip pengurusan halal ni baru sebab bila sembang ngan cikgu cikgu kat sekolah diorang semua macam 'eh? kors apa tu?' , 'kors baru kot nohh?' ~hahaha~ Putting aside all the thoughts of other people, kakak dengan happy nya menerima tawaran untuk ke UiTM tersebut, tambah tambah pulakk UiTM tuu yang dekat Puncak Alam.. So, aku ngan kak tak de laa berjauhan sangat~ hehehe.. nampak tak ada sorang tu tak nak berjauhan ngan kak dia? nampak tak? huhuhhuhuhuuhuuu~

So, thats all for today.. Lama gila aku tak post kat blog ni sampai rasa awkward nak menulis.. Huhuuu.. Ampunnn!! Hahaha.. Doakan kitorang as aq ngan kak aq embark on a new journey where our lives really start to change. In shaa Allah, kami berdua will do our best to be the best.. To Batch97.. To my friends.. Good luck in your lives and do your best in wtv you do. Pray to Allah all the time as He is the only one that can help us on our journey. Jangan tinggal solat, baca Quran and tak maw nakal nakal ea? hahahah~ 

Till we meet again, Assalamualaikum~