Wednesday, 11 May 2016

#notetoself

Bismillahirrahmanirrahim.

Hello and wassapp peepss! SubhanAllahh lama betul rasanya tak menulis blog! Dekat setahun jugak kann. 

Maaflah, iolss super busy dekat sini smpai nak menulis blog pon kena fikir fikir dulu, kanji tak hafal lagi, esok ada test, homework nak kena hantar esok! BOOOM! Pecah pala otak. Hahahhahah(><)

InshaaAllah hari ni nak bercerita sedikit sebanyak sebagai pesanan buat diri dan kepada readers(><) di luar sana. Aceywahhh macam ramai jee readers bolg ni en. HahahhaHahaha.

Sebagai perempuan muslimah dalam dunia yang luas dan besar, kita kena berusaha untuk menjaga batas batas pergaulan antara lelaki dan perempuan seBAIK yang mungkin(bukan kepada yang perempuan shj yang lelaki pon sama sajaaa). 

Tak perlulah aku nak menceritakan mengenai ikhtilat di sini kerana ikhtilat dah pon menjadi antara masalah sosial terbesar di kalangan remaja remaji (i think). Apatah lagi apabila dah melangkah ke universiti ni kan. Makin banyak halangan dan rintangan yang perlu dihadapi. 

Not to mention, yang aku sekarang belajar di tempat yg mempunyai pelbagai kaum dan bangsa, ada malay(ofcourse), chinese, indians, and bumiputeras. Yang juga berlainan agama, islam, buddha, christian and the list goes on and on.

Menolak ketepi agama yang berbeza buat masa ni, sesama manusia yang beragama islam pon kita kena jaga batas pergaulan, dan subhanAllah, alngkah susahnya untuk mengelak pergaulan lelaki dan perempuan ditambah pula dengan zaman yang serba canggih ni kan. Dalam fon pon boleh jadi maksiat(nauzubillah!)(sesungguhnya aku pon masih mencuba menjauhi bermesej/ws/chat ngan non mahram)(oh! And maksiat ni bukan zina shj tau, ada banyak lagi benda yang masuk dalam list maksiat)

Dan berbicara pasal soal hati, jgnlahh ckap. Makin menjadi-jadi. Jujur aku ckap, ramai je aku TERsuka kat orang or di'ship'kan dengan orang tetapi setakat ni kalau aku ada suka kat sapa sapa pon aku cuba buang perasan tu sebab aku sedar aku hanya main main, dan mungkin 'suka' itu muncul atas dasar simpati dan juga perasan keperempuanan yang tak kena pada tempatnya. 

Sedikit pesanan buat diri and girls di luar sana.
Jangan cepat jatuh hati dekat yang bukan mahram apatah lagi pada masa yang salah, tempat yg bukan bukan dan pada orang yang tak sepatutnya. Stand up for ourselves while we can! 

And to guys. 
Fikir dulu masa depan, kalau ingat nak kawin je skarang ni, nanti nak bagi anak bini makan apa? Pasir? Memang lah pintu rezeki akan terbuka bagi yang kawin ni tapi nak tanya skit, 'rezeki memang kalau goyang kaki okn boleh dapat eh?'. True, allah yang memberi rezeki, tapi kalau kita tak usaha, hmmmm.

Aku tahu, mesti ada yang ckap 'eleh, kau tak de orang minat/tak jumpa mamat yg kau suka boleh laaa ckap macam tu' or 'ni fitrah kot, perempuan suka kat lelaki, lelaki suka kat perempuan!' Or 'kau ingat kau sapa nak tegur tegur orang lain' or 'kau tak pernah bercinta, baik kau diam' and etcetera etcetera.

Aku pon manusia. Ada hati ada perasan. Ada rasa suka. Pernah bercinta. Dan banyak juga memikir pasal kehidupan aku. Entah berapa banyak flashback dah aku buat. Dan aku banyak memerhati orang disekeliling aku. Aku diam dan melihat. Aku fikir 'adakah benda ni akan membawa kepada kebaikan?'

Well, moving on. On the other hand, Cabaran di sini, bukan setakat yg sesama muslim but yang non muslim pon. True. Nak jaga ikhtilat dgn yg muslim pon susah, inikan pula yg non muslim yang kurang pemahaman mengenai agama yang kita bawak ni kan. So, Apa yang kita buat ialah berbaik sangka ngan mereka because tak semua yang paham mengenai islam, dan kena sentiasa mengajar diorang apa yg diorang tak tahu. And sebolehnya bagilah penerangan penerangan yang berkaitan unuk elak diorang confuse. Always be kind to them cause we dont what and whick part of us will make them interested to join our islam community.

Hikhik. Pasal hati jee mesti panjang lebar en penerangan. 😌(~_~;)

Moving on. Pasal studies pulak. 

Life as a university or preparation studies student memang macam ppppffftttt. Jgan ckap lah sibuk dia macam mana. Seperti yang aku terangkan di atas. Kanji nak kena hafal, esok test, homework tiga empat helai yang entah apa apa nak kena hantar by this week, report experiment dengan tulisan kanji yang entah apa apa, memikirkan results experiment nak kena buat ayat dalam bahasa jepun, etcetera etcera.

Tapi en, perasan tak, dalam sibuk sibuk ni, ada masa yang walaupon sibuk tapi everything turns out well. Of course, semua nya berbalik kepada hubungan kita ngan Dia. 

Jangan (oh jangan!) lupakan Dia. (Aku pon masih berusaha untuk menjaga yang ni) solat, of course jaga lima kali sehari semalam, tapi yang lain2? Yang sunat, yang baca alquran, yang baca yasin, yang berzikir apa semua tu? Jangan lupa pleaseee jangan.
(Ni jugak pesanan buat diri sendiri yang terlalu kerap alpa dengan dunia)

Ok lah. InshaaAllah, sampai sini sahaja karangan buat kali ni. Hihi. 

Ekceli, ada jugak niat nak cerita pasal aktiviti2 yang dijalankan kat KTJ, tapi belum sempat nak buat sebab terlalu lalu lalu sibuk and aktiviti kat sini banyak sangat smpai tak terbilang ngan jari. Hehehe

Sekian dari saya yang kuat merapu ni. Till we meet again! 

Assalamualaikum!