Thursday, 16 March 2017

KTJ08 off to Japan! and post-SPM tips

Bismillahirrahmanirrahim!

Haaa the blog's Kaichou is back! Like finally setelah sekian lama gila nak mati tak update blog, hahahah, maaf eh semua > < tho aku pun tak pasti sama ada masih wujud atau tak peminat blog ni lels. Kalau masih wujud, thanks guys sooo much, I love you guys, kalau tak wujud, mari kita bersama-sama untuk wujudkan mereka hahahaha.

Anyways, balik kepada topik asal, di sini aku ingin menceritakan mengenai kejayaan pelajar-pelajar Kumpulan Teknikal Jepun 08 dalam peperiksaan Monkasho, atau nama panjangnya Monbukagakushou shiken.

Alhamdulillah, kesemua 77 pelajar yang mengambil peperiksaan kali ini lulus dengan keputusan yang cemerlang gila dan melayakkan kesemuanya untuk 'fly'  ke Jepun. woots! (okeh, sekian bahasa formal untuk hari ini hahhahahahah). Di sini, aku tak mau cerita pasal statistik keputusan kaa apaa ka sebab tak dak sapa nak baca just that nak habaq kata keputusan tahun ni meningkat daripada tahun lepas kalau tak silap.

Sebenaqnya, benda dah lapuk dah pun, like Januari lepas kot hahahahaha, tapi sebab rasa macam hari kejadian ni sangatlah spesel sampai memang kena jugak tulis dalam blog ni, hehe.

Dekat post ni, maybe tak banyak pun kot nak tulis cumanya nak habaq kat adik-adik semua and to my dear readers (alang alang hari ni pun result SPM 2016 diumumkan) mengenai sedikit sebanyak life after SPM.

First things first, dah dapat result, tenang and fikirkan langkah seterusnya. kat sini, nak bagi nasihat yang memang dah cliche, 'result SPM bukan penentu masa depan', 'ada orang yang tak berjaya di SPM tapi mampu dapat 4 flat', dan sebagainya. So, jangan sedih, jangan frust kalau result tak lawa sampai brain shutdown tak leh nak pikir step seterusnya.

Next, tengok balik bilangan A yang anda peroleh and PASTIKAN pilihan universiti dan kors anda sesuai dengan bilangan A anda. Boleh cuba check kelayakan SPM yang diperlukan untuk kors kors tersebut dan sudah semestinya, jangan mintak kors yang memang tak mampu berdasarkan SPM. Ingat, berdasarkan SPM. Betul, minat memang minat, tapi mungkin kalau result tak melayakkan untuk terus buat asasi, boleh cuba diploma, bukan nak merendahkan level korang cuma ada banyak baiknya daripada buruk, ni berdasarkan pengalaman dalam family aku lah, uhuks). dan jangan lupa, masih ada pilihan matrikulasi dan tingkatan enam.

Mungkin ada yang kata, ambek diploma atau tingkatan enam ini merugikan masa dan sebagainya, tapi yang nak belajaqnya kita, why rush? Just think of it this way la, masa kita tinggal nak belajaq ni tinggal beberapa tahun lagi jaa sebelum masuk alam pekerjaan, so yeah, why rush? nanti dah masuk kerja, entah berapa tahun pulak kan (no harsh feelings please, this is how I see things). Lambat kahwin? eh, sapa kata tak leh kahwin masa ambek degree. ehh tak tak, aku pun tak tau boleh kaa tak kahwin masa degree hahahahhahaha. Chill lah people, life has its own order, okey *winks

And yes, kalau ada yang minat nak ambek bahagian vokasional or maksud aku ke arah kemahiran kaa apa ka, GO ON, I tell ya, GO ONN. Jangan rasa rendah diri bila tengok kawan kawan masuk asasi lah apa lah, you guys will do great there at kolej kemahiran. Up until now, aku masih lagi impressed dengan kawan kawan yang ambek bahagian kemahiran ni sebab ternyata depa dah banyak praktikal and dapat rasa first-hand experience daripada kitorang yang mengadap buku 24 jam(24 jam di sini hanyalah hiperbola semata mata), but still yes, rezeki masing masing *batuk

Tidak ketinggalan, boleh jugak rujuk cikgu kaunseling di sekolah masing masing, untuk mendapatkan nasihat yang lebih tepat dan sebagainya. Atau mungkin jugak, of course yang ni perlu diutamakan, bincang dengan mak ayah masing masing mengenai pendapat mereka tentang langkah seterusnya yang perlu dilakukan.

Jangan lupa untuk cek segala jenis biasiswa yang ditawarkan, petronas, yayasan khazanah , JPA, JPA-MARA, MARA, Yayasan Peneraju dan sebagainya, jangan mintak kat aku link, sebab most of the time aku main cari and tiba tiba jumpa atau ada maksedara bagi link and the list goes on.

Last but not least, please have some savings of your own, especially yang buat part time lepas habis SPM. Sebab kadang kadang anda akan diminta untuk bayar yuran yang dalam lingkungan mungkin RM500-RM800 mengikut tempat pengajian, I repeat mengikut tempat pengajian. kalau tak dak yuran pendaftaran ka apaa ka the tak pa lah, tapi kalau ada, please please be ready with the money, especially kalau tak nak susahkan family uhuks. Tapi nanti jangan cakap aku halang korang daripada guna duit part time tu untuk beli fon idaman korang pula, hahaha tak dak masa aku nak halang hahahahaha

Those are maybe the two tips (eh dua ka haha) yang aku nak share hari ni, pasal cara nak study pulak, inshaaAllah ada kesempatan aku cerita. Apa apa pun, goodluck in life, and never forget that our god is always around to support us even when we think theres no one else on our side ^ ^

Assalamualaikum

2 comments: